Gembala
Penampilan


Gembala (Sanskrit: गोपाल, rumi: gopāla "petunggu lembu"[1]) atau penggembala menjaga pelbagai jenis haiwan bela jinak yang terurus secara berkawanan di tempat-tempat yang terdapat padang rumput yang lapang untuk meragut rumput. Oleh sebab kerjanya rata-rata di lapangan, maka gembala berpindah-randah sepanjang tugas. Ada kemungkinan bahawa tanah-tanah ragutan ternakan gembala tidak dituntut sebagai harta sesiapa pun, iaitu tanah awam.
Antara haiwan-haiwan yang sesuai dikerjakan oleh gembala adalah lembu, kambing, biri-biri, rusa dan sebagainya. Kanak-kanak yang bekerja sebagai gembala digelar budak gembala.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Zoetmulder, P. J. Kamus Jawa Kuna-Indonesia. 1. Jakarta: Pustaka Utama Gramedia. m/s. 637.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gembala