Pergi ke kandungan

Air liat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Air liat ialah sejenis air dengan kandungan mineral tinggi, bertentangan dengan air lembut. Air liat terbentuk apabila air mengalami penurasan melalui batu kapur dan gipsum yang memiliki kadungan karbonat, bikarbonat dan sulfat kalsium dan magnesium.

Pembentukan

[sunting | sunting sumber]

Dalam air liat, larutan sabun menghasilkan suatu mendakan putih, yakni kekat dan bukannya buih kerana ion-ion +2 akan mengganggu ciri-ciri surfaktan sabun. Contoh yang boleh diberikan ialah kalsium stearat yang terbentuk daripada natrium stearat, komponen utama sabun.

2 C17H35COO− (aq) + Ca2+ (aq) → (C17H35COO)2Ca (s)