Pergi ke kandungan

Brandenburg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Brandenburg (sebutan; bahasa Sorbia rendah: Bramborska; bahasa Sorbia tinggi: Braniborska) ialah salah satu daripada 16 buah negeri di dalam Republik Persekutuan Jerman. Negeri ini terletak di bahagian timur Jerman dan merupakan salah satu negeri baru yang dibentuk selepas penyatuan Jerman Barat dan Jerman Timur pada tahun 1990. Ibu negerinya ialah Potsdam. Brandenburg mengelilingi, tetapi tidak mengandungi, ibu negara Jerman, Berlin.

Dari segi sejarah, Brandenburg telahpun wujud sebagai sebuah negara merdeka, iaitu Markgrafschaf Brandenburg, yang berkembang menjadi tulang belakang kepada kemerdekaan Prusia. Sekitar satu pertiga daripada wilayah besejarah Brandenburg diambil oleh Poland berikutan pensempadan semula oleh Kuasa Berikat selepas Perang Dunia Kedua pada tahun 1945. Negeri ini mendapat nama daripada sebuah bandar, iaitu Brandenburg an der Havel.

Pembahagian wilayah politik

[sunting | sunting sumber]
Image
The capital, Potsdam
Image
Brandenburg an der Havel
Image
Viadrina European University in Frankfurt (Oder)

Brandenburg terbahagi kepada 14 daerah pedalaman (Landkreise):

  1. Image Barnim
  2. Image Dahme-Spreewald
  3. Image Elbe-Elster
  4. Image Havelland
  5. Image Märkisch-Oderland
  6. Image Oberhavel
  7. Image Oberspreewald-Lausitz
  1. Image Oder-Spree
  2. Image Ostprignitz-Ruppin
  3. Image Potsdam-Mittelmark
  4. Image Prignitz
  5. Image Spree-Neiße
  6. Image Teltow-Fläming
  7. Image Uckermark


Image

dan 4 daerah bandar (kreisfreie Städte):

  1. Image Brandenburg an der Havel
  2. Image Cottbus
  3. Image Frankfurt (Oder)
  4. Image Potsdam