Dokumen
Dokumen (Jawi: دوكومن) ialah suatu bahan perlambangan pemikiran yang ditulis, dilukis, dipersembahkan, atau diperingati, selalunya penjelmaan kandungan bukan cereka dan juga cereka.[1][2] Perkataan ini berasal dari perkataan Latin Documentum, yang membawa maksud "pengajaran" atau "ajar": kata kerja doceō bermaksud "mengajar". Di masa lalu, perkataan ini biasanya digunakan untuk membawa maksud bukti bertulis yang berguna sebagai bukti kebenaran atau fakta. Dalam Zaman Komputer, "dokumen" biasanya membawa maksud suatu fail komputer tekstual, termasuk struktur dan performatannya, contohnya pasuan, warna, dan imej, "dokumen" tidak ditakrifkan oleh medium penyampaiannya, contohnya kertas, memandangkan kewujudan dokumen elektronik. "Pendokumenan" atau "Dokumentasi" adalah berbeza kerana ia mempunyai lebih banyak maksud berbanding "dokumen".
Bahan pengantara (media)
[sunting | sunting sumber]
Secara tradisi, bahan pengantara bagi dokumen ialah kertas dan maklumat yang diletakkan di dalamnya dengan dakwat, sama ada dengan penulisan tangan (untuk membuat naskhah) atau dengan proses mekanikal (contohnya, mesin cetak biasa atau laser). Kini, beberapa dokumen ringkas juga mungkin mengandungi bebe helaian kertas yang dikokot bersama.
Secara sejarahnya, dokumen ditulis dengan dakwat di atas kertas tumbuhan (atau papirus, bermula sejak Mesir purba) atau kertas kulit; digores dengan rune atau diukir pada batu menggunakan alatan tajam; dicetak atau ditekap dengan tanah liat dan kemudian dibakar untuk menjadi batu bersurat tanah liat. Kertas tumbuhan atau kulit sering digulung menjadi skrol atau dipotong menjadi lembaran dan dijilidkan menjadi sebuah kodeks (buku).
Cara elektronik kontemporari untuk mengingat dan memaparkan dokumen termasuklah:
- Monitor komputer atas meja, komputer riba, komputer tablet; digandingkan dengan sebuah pencetak untuk menghasilkan salinan keras.
- Pembantu digital peribadi.
- Peranti e-buku;
- Kertas elektronik, biasanya menggunakan Format Dokumen Mudah Alih (PDF);
- Perkakas informasi;
- Pemain audio digital; dan
- Penyedia perkhidmatan radio dan televisyen.
Dokumen digital biasanya memerlukan sebuah format fail khusus untuk membolehkan ia dipersembahkan pada bahan medium khusus.
Sisi undang-undang
[sunting | sunting sumber]Dokumen dalam semua bentuk sering menjadi bahan bukti dalam prosiding jenayah dan sivil. Analisis forensik bagi sesebuah dokumen termasuk dalam bidang tugas peperiksaan dokumen yang disoal. Untuk menkatalogkan dan mengurus sejumlah besar dokumen yang akan dihasilkan semasa perbicaraan undang-undang, Penomboran Bates juga sering digunakan untuk semua dokumen dalam pembicaraan undang-undang jadi setiap dokumen mempunyai nombor pengenalpastian yang unik dan rawak.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "document". dictionary.cambridge.org (dalam bahasa Inggeris). 2025-10-29. Dicapai pada 2025-10-31.
- ↑ "Dictionary.com | Meanings & Definitions of English Words". Dictionary.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-10-31.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Briet, S. (1951). Qu'est-ce que la documentation? Paris: Documentaires Industrielles et Techniques.
- Buckland, M. (1991). Information and information systems. New York: Greenwood Press.
- Frohmann, Bernd (2009). Revisiting "what is a document?", Journal of Documentation, 65(2), 291–303.
- Hjerppe, R. (1994). A framework for the description of generalized documents. Advances in Knowledge Organization, 4, 173–180.
- Houser, L. (1986). Documents: The domain of library and information science. Library and Information Science Research, 8, 163–188.
- Larsen, P.S. (1999). Books and bytes: Preserving documents for posterity. Journal of the American Society for Information Science, 50(11), 1020–1027.
- Lund, N. W. (2008). Document theory. Annual Review of Information Science and Technology, 43, 399–432.
- Riles, A. (Ed.) (2006). Documents: Artifacts of Modern Knowledge. University of Michigan Press, Ann Arbor, MI.
- Schamber, L. (1996). What is a document? Rethinking the concept in uneasy times. Journal of the American Society for Information Science, 47, 669–671.
- Signer, Beat: What is Wrong with Digital Documents? A Conceptual Model for Structural Cross-Media Content Composition and Reuse, In Proceedings of the 29th International Conference on Conceptual Modeling (ER 2010), Vancouver, Canada, November 2010.
- Smith, Barry. "How to Do Things with Documents", Rivista di Estetica, 50 (2012), 179–198.
- Smith, Barry. "Document Acts", in Anita Konzelmann-Ziv, Hans Bernhard Schmid (eds.), 2013. Institutions, Emotions, and Group Agents.Contributions to Social Ontology (Philosophical Studies Series), Dordrecht: Springer
- Ørom, A. (2007). The concept of information versus the concept of a document. I: Document (re)turn. Contributions from a research field in transition. Ed. By Roswitha Skare, Niels Windfeld Lund & Andreas Vårheim. Frankfurt is Main: Peter Lang. (pp. 53–72).