Pergi ke kandungan

Kumpulan Lapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada G8)
Kumpulan 99
Map of G8 countries
Map of G8 countries

Image Kanada
Perdana Menteri Justin Trudeau
Image Perancis
Presiden François Hollande
Image Jerman
Canselor Angela Merkel
Image Italy
Perdana Menteri Paolo Gentiloni
Image Jepun
Perdana Menteri Abe Shinzo
Image Rusia
Presiden Vladimir Putin
Image United Kingdom
Perdana Menteri Theresa May
Image Amerika Syarikat
Presiden Donald Trump

Juga diwakili
Image Kesatuan Eropah[1]
Presiden EC José Manuel Barroso
Presiden Majlis Eropah José Sócrates

G8 (Kumpulan Lapan) adalah kumpulan yang dianggotai lapan buah negara, iaitu: Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Perancis, Russia, dan United Kingdom. Bersama-sama, negara-negara ini merupakan lebih kurang 65% daripada ekonomi dunia. [2] G8 mengadakan persidangan kemuncak politik antara ketua-ketua negara dengan pegawai-pegawai antarabangsa setiap dua tahun, selain persidangan-persidangan subsidiari dan penyelidikan dasar.

Jawatan presiden G8 mengikut giliran setiap tahun. Bagi tahun 2007, jawatan ini dipegang oleh Jerman, dan sebuah persidangan kemuncak diadakan di Heiligendamm dari 6 Jun ke 8 Jun. Presiden Suruhanjaya Eropah juga menghadiri persidangan kemuncak G8.

Latar dan sejarah

[sunting | sunting sumber]

Negara-negara G8 berpunca daripada krisis minyak 1973 dan kemelesetan sejagat yang kemudian. Masalah-masalah ini menyebabkan Amerika Syarikat membentuk Kumpulan Perpustakaan, sebuah kumpulan pegawai kewangan kanan dari Amerika Syarikat, Eropah, dan Jepun, untuk membincangkan persoalan-persoalan ekonomi.

Pada tahun 1975, Valéry Giscard d'Estaing, Presiden Perancis, menjemput ketua-ketua negara dari enam buah negara demokrasi perindustrian ke sebuah persidangan kemuncak di Rambouillet dan mencadangkan mesyuarat-mesyuarat yang tetap. Peserta-pesertanya bersetuju dengan sebuah mesyuarat tahunan yang diadakan di bawah sistem presiden mengikut giliran dan dengan itu, membentuk apa yang digelar Kumpulan Enam (G6) yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Jerman Barat, Perancis, dan United Kingdom. Pada persidangan kemuncak tahunan yang kedua di Puerto Rico, kumpulan ini menjadi Kumpulan Tujuh (G7) apabila Kanada mengambil bahagian atas permintaan Gerald Ford, Presiden Amerika Syarikat, pada tahun 1976. Kesatuan Eropah telah menghadiri mesyuarat-mesyuaratnya sejak ia dijemput buat pertama kali oleh United Kingdom pada tahun 1977. [3].

Persidangan kemuncak G6/7/8

[sunting | sunting sumber]

Tempat persidangan kemuncak bertukar-tukar setiap tahun antara ahli-ahli negara mengikut susunan berikut: Perancis, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Jepun, Itali, Kanada, Rusia, iaitu berdasarkan susunan negara menyertai kumpulan ini. Beribu-ribu wartawan datang ke persidangan ini untuk membuat liputan tentang pemimpin-pemimpin yang paling berkuasa di dunia.

No.TarikhNegaraTempatLaman web rasmi
Ke-1November 15November 17 1975PerancisRambouillet
Ke-2Jun 27Jun 28 1976Amerika SyarikatSan Juan, Puerto Rico
Ke-3Mei 7Mei 8 1977United KingdomLondon
Ke-4Julai 16Julai 17 1978Jerman BaratBonn
Ke-5Jun 28Jun 29 1979JepunTokyo
Ke-6Jun 22Jun 23 1980ItaliVenice
Ke-7Julai 20Julai 21 1981KanadaMontebello, Quebec
Ke-8Jun 4Jun 6 1982PerancisVersailles
Ke-9Mei 28Mei 30 1983Amerika SyarikatWilliamsburg, Virginia
Ke-10Jun 7Jun 9 1984United KingdomLondon
Ke-11Mei 2Mei 4 1985Jerman BaratBonn
Ke-12Mei 4Mei 6 1986JepunTokyo
Ke-13Jun 8Jun 10 1987ItaliVenice
Ke-14Jun 19Jun 21 1988KanadaToronto, Ontario
Ke-15Julai 14Julai 16 1989PerancisParis, Grande Arche
Ke-16Julai 9Julai 11 1990Amerika SyarikatHouston, Texas
Ke-17Julai 15Julai 17 1991United KingdomLondon
Ke-18Julai 6Julai 8 1992JermanMunich, Bayern
Ke-19Julai 7Julai 9 1993JepunTokyo
Ke-20Julai 8Julai 10 1994ItaliNaples
Ke-21Jun 15Jun 17 1995KanadaHalifax, Nova Scotia
-April 19April 20 1996RusiaMoscow
(Persidangan kemuncak khas
untuk keselamatan nuklear)
Ke-22Jun 27Jun 29 1996PerancisLyon
Ke-23Jun 20Jun 22 1997Amerika SyarikatDenver, ColoradoPersidangan Kemuncak G8, 1997
Ke-24Mei 15Mei 17 1998United KingdomBirmingham
(Persidangan Kemuncak G8
rasmi yang pertama)
Persidangan Kemuncak G8, 1998 (arkib)
Ke-25Jun 18Jun 20 1999JermanCologne, Rhine Utara-Westphalia
Ke-26Julai 21Julai 23 2000JepunOkinawa

Persidangan Kemuncak G8, 2000

Ke-27Julai 20Julai 22 2001ItaliGenoa

Persidangan Kemuncak G8, 2001

Ke-28Jun 26Jun 27 2002KanadaKananaskis, AlbertaPersidangan Kemuncak G8, 2002 Diarkibkan 2006-11-18 di Wayback Machine
Ke-29Jun 2Jun 3 2003PerancisÉvian-les-BainsPersidangan Kemuncak G8, 2003
Ke-30Jun 8Jun 10 2004Amerika SyarikatPulau Sea, GeorgiaPersidangan Kemuncak G8, 2004 Diarkibkan 2007-04-27 di Wayback Machine
Ke-31Julai 6Julai 8 2005United KingdomHotel Gleneagles, Gleneagles, ScotlandPersidangan Kemuncak G8, 2005 Diarkibkan 2008-09-13 di Library of Congress Web Archives
Ke-32Julai 15Julai 17 2006RusiaStrelna, St. PetersburgPersidangan Kemuncak G8, 2006
Ke-33Jun 6Jun 8 2007JermanKempinski Grand Hotel , Heiligendamm, MecklenburgPersidangan Kemuncak G8, 2007
Ke-342008JepunToyako, Hokkaido
Ke-352009Itali
Ke-362010Kanada
Ke-372011Perancis
Ke-382012Amerika Syarikat
Ke-392013United Kingdom
Ke-402014Rusia

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. The EU has the privileges and obligations of membership but does not host/chair summits. It is represented by the Commission and Council Presidents. "EU and the G8". European Commission. Dicapai pada 2007-09-25.
  2. Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (U.N.D.P.)
  3. "EU dan G8". Kesatuan Eropah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-08. Dicapai pada 17 Julai 2006.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]