Pergi ke kandungan

Insomnia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Insomnia
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10F51.0, G47.0
ICD-9307.42, 307.41, 780.51, 780.52
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Insomnia dicirikan dengan ketidakupayaan tidur atau ketidakupayaan untuk bertidur selama tempoh yang munasabah atau cukup. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" dalam beberapa minit setiap kali mencuba untuk tidur. Kedua-dua insomnia organik dan insomnia bukan organik merupakan gangguan tidur.[1][2] Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafeina, kemurungan atau kadang-kala tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkannya. Mencari sebab yang mengakibatkan insomnia biasanya diperlukan untuk merawatnya.

Image
Insomnia, tacuinum sanitatis casanatensis (abad ke-14)

Terdapat tiga jenis insomnia yang berbeza:

  1. Insomnia Fana berlaku antara satu malam hingga beberapa minggu. Kebanyakan orang kadang-kala akan menghidap insomnia fana, akibat jet lag atau kebimbangan jangka pendek. Jika bentuk insomnia ini berlaku dari semasa ke semasa, insomnia ini dikelaskan sebagai "insomnia sela".
  2. Insomnia Akut ialah ketidakupayaan untuk tidur dengan lena secara tekal selama tempoh antara tiga minggu hingga enam bulan.
  3. Insomnia Kronik dianggap sebagai jenis insomnia yang paling seirus; ia berlaku hampir setiap bulan selama sekurang-kurangnya sebulan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Jacobs, PhD, Gregg (27 September 2004). "Cognitive Behavior Therapy and Pharmacotherapy for Insomnia: A Randomized Controlled Trial and Direct Comparison". Arkib Perubatan Dalaman. 164 (17): 1888–1896. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Check |authorlink= value (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]