Kartonaj

Kartonaj ialah sejenis bahan yang digunakan untuk membuat topeng pengebumian Mesir purba dari Tempoh Perantaraan Pertama hingga era Empayar Rom. Ia diperbuat daripada lapisan linen atau papirus yang dilapisi dengan plaster. Sebahagian daripada potret mumia Fayum juga dilukis pada panel yang diperbuat daripada kartonaj.[2]
Teknik
[sunting | sunting sumber]
Dalam teknik yang serupa dengan papier-mâché, cebisan linen atau papirus dilekatkan bersama dengan plaster atau damar dan digunakan untuk membuat bekas mumia dan topeng.[3] Ia boleh dibentuk mengikut bentuk badan, menjadi sejenis cangkerang. Selepas bahan itu kering, ia boleh dicat atau disalut emas. Cangkerang tersebut boleh dihiasi dengan bentuk-bentuk geometri, dewa dan tulisan. Semasa era Ptolemaik, kaedah cangkerang tunggal diubah menjadi sebuah set dengan empat ke enam keping kartonaj. Biasanya ada topeng, pektoral (hiasan dada), apron, dan penyarung kaki. Dalam kes tertentu, terdapat dua kepingan tambahan yang digunakan untuk menutup tulang rusuk dan perut.[4]
Bahan
[sunting | sunting sumber]Bahan yang digunakan untuk menghasilkan kartonaj berbeza mengikut zaman. Pada Kerajaan Pertengahan, penggunaan linen berplaster adalah biasa; semasa Tempoh Perantaraan Ketiga, linen dan stuko; semasa zaman Ptolemaik, gulungan papirus lama; dan semasa zaman Rom, bahan berserat yang lebih tebal.[5]
Menggunakan semula papirus yang dianggap sebagai sisa adalah biasa semasa zaman Ptolemaik. Banyak dokumen terbuang dari kerajaan dan arkib digunakan untuk tujuan ini.[4]
Kepentingan arkeologi
[sunting | sunting sumber]Pembuatan kartonaj telah memelihara bahagian-bahagian papirus; oleh itu, ia sumber utama cebisan-cebisan manuskrip yang terpelihara dengan baik.[5] Pada tahun 1993, bandar Helsinki menerima empat belas serpihan kartonaj dari Muzium Mesir Berlin. Pakar-pakar pemulihan di Universiti Helsinki, bekerjasama dengan pakar-pakar dari Universiti Michigan, ditugas untuk memelihara kartonaj-kartonaj tersebut dan menerbitkan semua teks papirus Yunani yang diperoleh daripadanya.[6][7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Mummy and Painted Cartonnage of an Unknown Woman". Muzium Seni Walters.
- ↑ Petunjuk baru menerangi misteri potret Mesir purba - Artis sama melukis beberapa potret realistik dikebumikan dengan mumia oleh BRUCE BOWER, diterbitkan oleh "Society for Science & the Public" pada 14 Februari 2016
- ↑ Hayman, ditulis oleh James Putnam; difoto oleh Peter (2004). Mummy (ed. Rev.). New York, NY: DK Pub. m/s. 70. ISBN 0756607078.
- 1 2 "Cartonnage". Dicapai pada 29 November 2012.
- 1 2 "Burial customs: cartonnages". Digital Egypt for Universities, University College London. 2002. Dicapai pada 29 November 2012.
- ↑ "Cartonnage Papyri". Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2019. Dicapai pada 29 November 2012.
- ↑ Peterman, Glen L. (1994). "Conservation of the Petra Papyri". Biblical Archaeologist. University of Chicago Press. 57 (4): 242–243. doi:10.2307/3210435. JSTOR 3210435. Dicapai pada 7 Jun 2023.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Muzium Seni Walters – Mumia dan Kartonaj
- Video – Pemuliharaan Kartonaj Mumia
- Projek Seni Google
- Shaw, Ian; dan Nicholson, Paul. The Dictionary of Ancient Egypt. p. 61. The British Museum Press, 1995.
- Digital Egypt, sejarah lebih lengkap