Pergi ke kandungan

Kibibait

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuantiti bait
Awalan SI Kegunaan sejarah Awalan perduaan
Simbol
(nama)
Nilai  Simbol  Nilai Simbol
(nama)
 Nilai 
kB (kilobait)10001 = 103KB10241 = 210  KiB (kibibait)210
MB (megabait)10002 = 106MB10242 = 220  MiB (mebibait)220
GB (gigabait)10003 = 109GB10243 = 230  GiB (gibibait)230
TB (terabait)10004 = 1012TB10244 = 240  TiB (tebibait)240
PB (petabait)10005 = 1015PB10245 = 250  PiB (pebibait)250
EB (eksabait)10006 = 1018EB10246 = 260  EiB (eksbibait)260
ZB (zetabait)10007 = 1021ZB10247 = 270  ZiB (zebibait)270
YB (yotabait)10008 = 1024YB10248 = 280  YiB (yobibait)280

Kibibait (singkatan daripada kilo binary byte dalam bahasa Inggeris) ialah unit maklumat atau storan komputer yang diasaskan oleh Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa (IEC) pada tahun 2000. Simbolnya ialah KiB.[1]

1 kibibait = 210 bait = 1 024 bait

Kibibait adalah berkait rapat dengan kilobait, unit yang boleh digunakan sebagai sinonim untuk kibibait atau untuk merujuk kepada 10³ bait = 1,000 bait (sila lihat awalan perduaan).

Penggunaan istilah ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan yang biasa ditemukan apabila memerihalkan bahantara storan kerana istilah "kilobait" adalah kabur maknanya. Oleh itu, istilah "kibibait" telah dikembangkan untuk merujuk kepada 1,024 bait secara eksklusif.

Perbezaan antara unit berasaskan SI dengan unit berasaskan awalan perduaan bertambah secara eksponen. Dengan kata yang lain, satu kilobait SI adalah hampir sama dengan 98% kibibait, tetapi satu megabait adalah kurang daripada 96% mebibait, dengan satu gigabait merupakan 93.1% gibibait. Ini bermaksud bahawa sebuah pemacu cakera keras 500 GB akan dipaparkan sebagai "465 GB". Apabila saiz-saiz storan menjadi lebih besar dan unit-unit yang lebih tinggi digunakan, perbezaan ini akan menjadi lebih nyata.

Walaupun demikian, penerimaan istilah ini adalah masih terhad.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa (2007). "Awalan untuk gandaan-gandaan perduaan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-03. Dicapai pada 2007-05-06.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]