Pergi ke kandungan

Sinhasana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Image
Sinhasana

Sinhasana (Sanskrit: सिंहासन; ATSA: Siṃhāsana) atau Sikap Singa (Jawi: سيكڤ سيڠا)[1] ialah sebuah asana dalam hathayoga dan yoga moden sebagai senaman.

Etimologi dan asal-usul

[sunting | sunting sumber]
Image
"Narasinhasana" daripada manuskrip bergambar Jogapradipika, 1830

Nama ini berasal daripada perkataan Sanskrit siṃhā (सिंह), yang bermaksud "singa", dan āsana (आसन), yang bermaksud "postur" atau "duduk".[2] Sikap ini juga pernah dinamakan Narasinhasana, seperti dalam Jogapradipika abad ke-19, daripada Sanskrit Narasinha (नरसिंह), jelmaan dewa Bisnu yang berupa separuh singa-separuh manusia.[3] Postur ini diterangkan dalam Vimanarchanakalpa abad kesepuluh.[4]

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Pengamal melutut dengan punggung di atas lengkungan dalam kaki, meregangkan lengan ke hadapan dengan tangan terbuka sedikit terangkat dari lantai, dan membuat ekspresi muka dengan mulut dibuka luas dan lidah dikeluarkan menyerupai seekor singa. Guru yoga B. K. S. Iyengar menyatakan dalam bukunya Light on Yoga pada tahun 1966 bahawa ini adalah sikap tradisional; beliau menamakannya Sinhasana I.[5]

Sinhasana II Iyengar bermula dari posisi teratai (Padmasana). Pengamal kemudian berdiri di atas lutut dan menggerakkan badan ke hadapan sehingga bahagian depan badan menghadap lantai dan bahu berada betul-betul di atas tangan, dengan lengan lurus. Ekspresi muka adalah sama seperti sebelumnya.[5]

Yoga Journal telah menerangkan varian "Sikap Singa" dengan kaki seperti dalam Muktasana dengan posisi muka dan tangan seperti dalam Sinhasana, mencadangkannya sebagai duduk yang sesuai untuk pranayama.[6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. "Yoga Journal - Lion Pose" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2011-07-03.
  2. Sinha, S. C. (1996). Dictionary of Philosophy. Anmol Publications. m/s. 18. ISBN 978-81-7041-293-9.
  3. Williams, George M. (2008). Handbook of Hindu Mythology (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 223. ISBN 978-0-19-533261-2.
  4. Mallinson, James; Singleton, Mark (2017). Roots of Yoga. Penguin Books. m/s. 100–101. ISBN 978-0-241-25304-5. OCLC 928480104.
  5. 1 2 Iyengar, B. K. S. (1991) [1966]. Light on Yoga. Thorsons. m/s. 135–138. ISBN 978-0-00-714516-4.
  6. YJ Authors (28 August 2007). "Lion Pose". Yoga Journal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 August 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]