Android Studio
| Android Studio | |
|---|---|
Tangkapan skrin Android Studio Ladybug | |
| Pembangun | |
| Versi terkini/stabil | 2025.3.4[1] |
| Versi pratonton | 2026.1.1[2] |
| Ditulis dalam | Java, Kotlin and C++ |
| Sistem pengendalian | Windows, macOS, Linux, ChromeOS[3] |
| Saiz | 8.1 to 9.5 GB[3] |
| Genre | Persekitaran pembangunan bersepadu (IDE) |
| Lesen | Lesen Android SDK[4] Lesen Apache (editor, Gradle) |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak web | developer |
| Repositori | android |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Android Studio ialah[5] IDE rasmi untuk menulis perisian Android. Ia menggabungkan editor kod sumber berdasarkan IntelliJ IDEA, alat binaan Gradle dan Android SDK.[6] Ia tersedia untuk dimuat turun pada sistem pengendalian berasaskan Windows, macOS dan Linux.[7] Setiap komponen yang disediakan dengan Android Studio dilesenkan di bawah syaratnya sendiri. Selain daripada SDK, kebanyakan komponen diedarkan di bawah Lesen Apache.
Android Studio diumumkan pada 16 Mei 2013, di persidangan Google I/O. Ia berada di peringkat pratonton akses awal bermula dari versi 0.1 pada Mei 2013, kemudian memasuki peringkat beta bermula dari versi 0.8 yang dikeluarkan pada Jun 2014.[8] Binaan stabil pertama dikeluarkan pada Disember 2014, bermula dari versi 1.0.[9] Pada penghujung tahun 2015, Google menggugurkan sokongan untuk Eclipse ADT, menjadikan Android Studio satu-satunya IDE yang disokong secara rasmi untuk pembangunan Android.[10]
Pada 7 Mei 2019, Kotlin menggantikan Java sebagai bahasa pilihan Google untuk pembangunan apl Android.[11] Java masih disokong, begitu juga C++.[12]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Android Studio Release Updates: Android Studio Panda 4 now available". 21 April 2026.
- ↑ "Android Studio Release Updates: Android Studio Quail 1 Canary 1 now available". 16 April 2026.
- 1 2 "Download Options". developer.android.com. Diarkibkan daripada yang asal pada April 26, 2018. Dicapai pada November 16, 2021.
- ↑ "Terms and Conditions". developer.android.com. Diarkibkan daripada yang asal pada May 31, 2023. Dicapai pada April 24, 2017.
- ↑ "Download Android Studio and SDK tools". Android Developers. Diarkibkan daripada yang asal pada May 14, 2016. Dicapai pada July 19, 2016.
- ↑ Ducrohet, Xavier; Norbye, Tor; Chou, Katherine (May 15, 2013). "Android Studio: An IDE built for Android". Android Developers Blog. Diarkibkan daripada yang asal pada November 4, 2015. Dicapai pada May 16, 2013.
- ↑ "Getting Started with Android Studio". Android Developers. Diarkibkan daripada yang asal pada November 20, 2014. Dicapai pada May 14, 2013.
- ↑ "Download Android Studio". Android Developers. Diarkibkan daripada yang asal pada November 20, 2014. Dicapai pada June 13, 2015.
- ↑ "Google Launches Android Studio And New Features For Developer Console, Including Beta Releases And Staged Rollout". VentureBeat. December 8, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada June 12, 2018. Dicapai pada December 9, 2014.
- ↑ "An update on Eclipse Android Developer Tools". June 26, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada September 27, 2022. Dicapai pada September 27, 2022.
- ↑ "Google I/O 2019: Empowering developers to build the best experiences on Android + Play". Android Developers Blog (dalam bahasa Inggeris). May 7, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada January 8, 2024. Dicapai pada January 8, 2024.
- ↑ Sinicki, Adam (August 10, 2019). "I want to develop Android Apps — What languages and program I should use & learn?". Android Authority. Dicapai pada September 12, 2019.
Pautan luaran
[sunting | sunting sumber]- Official homepage at developer.android.com
