Pergi ke kandungan

Gabapentin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gabapentin
Image
Image
Data klinikal
Nama dagangNeurontin[1]
Nama lainCI-945; GOE-3450; DM-1796 (Gralise)
Liabiliti
penggantungan
Rendah
Liabiliti
ketagihan
Rendah
Kaedah
pemberian
Melalui mulut
Kelas ubatGabapentinoid
Status perundangan
Status perundangan
  • Preskripsi sahaja
Data farmakokinetik
Bioketersediaan27–60% (bergantung kepada dos; pemakanan tinggi lemak akan memberi kesan)[2][3]
Pengikatan proteinKurang daripada 3%[2][3]
MetabolismeTidak signifikan[2][3]
Penyingkiran separuh hayat5 ke 7 jam[2][3]
PerkumuhanBuah pingang[2][3]
Pengecam
  • 1-(Aminomethyl)cyclohexaneacetic acid
CompTox Dashboard (EPA)
ECHA InfoCard100.056.415 Sunting ini di Wikidata
Data kimia dan fizikal
FormulaC9H17NO2
Jisim molar171.24 g·mol−1
Model 3D (JSmol)
  • O=C(O)CC1(CN)CCCCC1
  • InChI=1S/C9H17NO2/c10-7-9(6-8(11)12)4-2-1-3-5-9/h1-7,10H2,(H,11,12) ☑Y
  • Key:UGJMXCAKCUNAIE-UHFFFAOYSA-N ☑Y
  (verify)

Gabapentin, yang dijual di bawah jenama Neurontin, ialah ubat anti-kejang yang digunakan untuk dalam rawatan sawan separa, sakit neuropatik, kilat panas dan sindrom kaki resah.[4][5] Ia adalah antara ubatan yang disyorkan sebagai sebahagian daripada rawatan permulaan bagi rawaran neuropati diabetik, neuralgia postherpetik dan sakit neuropatik pusat.[6] Kira-kira 15% penghidap neuropati diabetik atau neuralgia postherpetik mendapat manfaat melalui pengambilan ubat ini.[7] Gabapentin diambil melalui mulut.[4]

Kesan sampingan ringan yang biasa dialami ekoran pengambilan ubat ini adalah mengantuk dan pening.[4] Kesan sampingan serius yang boleh dilihat diantaranya adalah peningkatkan perasaan untuk membunuh diri, tingkah laku agresif dan tindak balas seolah pengambilan dadah terlarang.[4] Tidak ada bukti jelas mengenai kesan pengambilan ketika hamil ataupun menyusukan bayi.[8] Dos yang rendah adalah disyorkan bagi pesakit dengan masalah fungsi buah pinggang.[4] Gabapentin antara lain dikenali sebagai gabapentinid.[9] Ia mempunyai struktur molekul yang serupa dengan neurotransmitter γ-aminobutyric acid (GABA) dan bertindak dengan menghalang saluran kalsium tertentu.[10][9][11]

Gabapentin pertama kali diluluskan untuk digunakan pada tahun 1993. [12][13] Ubatan ini mula wujud sebagai ubat generik di Amerika Syarikat sejak 2004.[4] Harga borong di negara membangun setakat 2015 adalah kira-kira US$10.80 sebulan;[14] di Amerika Syarikat, ia adalah AS$100 hingga AS$200.[15][16][17] Semasa 1990-an, Parke-Davis, anak syarikat Pfizer, telah mengalakkan pakar perubatan di Amerika Syarikat secara tidak sah, untuk menggunakan gabapentin untuk kegunaan yang tidak diluluskan. [18] Mereka telah membayar berjuta-juta dolar untuk menyelesaikan tindakan undang-undang mengenai aktiviti ini.[19]

  1. Drugs.com international listings for Gabapentin. Diarkibkan 16 Februari 2016 di Wayback Machine Page accessed 9 February 2016
  2. 1 2 3 4 5 "Neurontin, Gralise (gabapentin) dosing, indications, interactions, adverse effects, and more". Medscape Reference. WebMD. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 December 2014. Dicapai pada 6 April 2014.
  3. 1 2 3 4 5 Goa KL, Sorkin EM (September 1993). "Gabapentin. A review of its pharmacological properties and clinical potential in epilepsy". Drugs. 46 (3): 409–427. doi:10.2165/00003495-199346030-00007. PMID 7693432.
  4. 1 2 3 4 5 6 "Gabapentin". The American Society of Health-System Pharmacists. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 August 2017. Dicapai pada 23 Oct 2015.
  5. Wijemanne S, Jankovic J (June 2015). "Restless legs syndrome: clinical presentation diagnosis and treatment". Sleep Medicine. 16 (6): 678–90. doi:10.1016/j.sleep.2015.03.002. PMID 25979181.
  6. "EFNS guidelines on the pharmacological treatment of neuropathic pain: 2010 revision". European Journal of Neurology. 17 (9): 1113–e88. September 2010. doi:10.1111/j.1468-1331.2010.02999.x. PMID 20402746.
  7. "Gabapentin for chronic neuropathic pain in adults". The Cochrane Database of Systematic Reviews. 6: CD007938. June 2017. doi:10.1002/14651858.CD007938.pub4. PMC 6452908. PMID 28597471.
  8. "Gabapentin Pregnancy and Breastfeeding Warnings". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 August 2017. Dicapai pada 13 March 2016.
  9. 1 2 "2delta ligands, gabapentin, pregabalin and mirogabalin: a review of their clinical pharmacology and therapeutic use". Expert Review of Neurotherapeutics. 16 (11): 1263–1277. November 2016. doi:10.1080/14737175.2016.1202764. PMID 27345098.
  10. Sneader, Walter (2005). Drug Discovery: A History. John Wiley & Sons. m/s. 219–220. ISBN 978-0-470-01552-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2017. Dicapai pada 31 August 2017.
  11. "Acute modulation of calcium currents and synaptic transmission by gabapentinoids". Channels. 4 (6): 490–6. 2010. doi:10.4161/chan.4.6.12864. PMID 21150315.
  12. Pitkänen, Asla; Schwartzkroin, Philip A.; Moshé, Solomon L. (2005). Models of Seizures and Epilepsy. Burlington: Elsevier. m/s. 539. ISBN 978-0-08-045702-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2017.
  13. "Neurontin- gabapentin capsule Neurontin- gabapentin tablet, film coated Neurontin- gabapentin solution". DailyMed. 11 April 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 July 2020. Dicapai pada 21 December 2019.
  14. "Gabapentin". International Drug Price Indicator Guide. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 June 2018. Dicapai pada 13 March 2016.
  15. Hamilton, Richart (2015). Tarascon Pocket Pharmacopoeia 2015 Deluxe Lab-Coat Edition. Jones & Bartlett Learning. m/s. 327. ISBN 978-1-284-05756-0.
  16. "The Top 300 of 2020". ClinCalc. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 February 2021. Dicapai pada 11 April 2020.
  17. "Gabapentin - Drug Usage Statistics". ClinCalc. 23 December 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2020. Dicapai pada 11 April 2020.
  18. "Safeguarding patient welfare: who's in charge?". Annals of Internal Medicine. 145 (4): 305–7. August 2006. doi:10.7326/0003-4819-145-4-200608150-00013. PMID 16908923.
  19. Stempel, Jonathan (2 June 2014). "Pfizer to pay $325 million in Neurontin settlement". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 June 2018. Dicapai pada 11 June 2018.