Pergi ke kandungan

Kayang, Perlis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mukim Kayang
Image
  Mukim Kayang
NegaraImage Malaysia
NegeriImage Perlis
Kerajaan
  Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Kangar
Keluasan
  Jumlah
36.68 km2 (14.16 batu persegi)
  Kepadatan291/km2 (750/batu persegi)

Kayang ialah mukim di negeri Perlis, Malaysia.[1]

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Kayang merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perlis dan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar. Mukim Kayang mempunyai keluasan 36.68 kilometer persegi.[2]

Mukim Kayang terletak di bahagian selatan negeri Perlis bersempadan dengan mukim Kuala Perlis, Wang Bintong, Seriab, Sanglang, dan Utan Aji.[2]

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk di Mukim Kayang ialah 10,672 orang[3] menurut Bancian Malaysia 2010 dengan kepadatan penduduk 291 orang perkilometer persegi dan dikategorikan sebagai taburan penduduk padat[4]. Majoriti penduduk berbangsa Melayu iaitu seramai 9,968 orang[3][4]. Terdapat sebanyak 2,540 isi rumah dengan 2,789 tempat kediaman.[3]

Jumlah penduduk mengikut kaum (2010)
Kategori Kaum Bilangan
Warganegara Malaysia Melayu 9,968
Bumiputera lain 10
Cina 497
India 16
Lain-lain 17
Bukan warganegara - 164
Jumlah penduduk mengikut kumpulan umur (2010)
Kumpulan umur Bilangan
70 tahun ke atas 654
60-69 tahun 820
50-59 tahun 1,122
40-49 tahun 1,309
30-39 tahun 1,201
20-29 tahun 1,485
10-19 tahun 2,174
0-9 tahun 1,907
Jumlah penduduk mengikut jantina (2010)
Jantina Bilangan
Lelaki 5,301
Perempuan 5,371
  1. http://www.mygeoportal.gov.my/sites/default/files/dokumen_upi/KOD%20DAN%20NAMA%20SEMPADAN%20PENTADBIRAN%20TANAH_PERLIS.pdf
  2. 1 2 https://mygos.mygeoportal.gov.my/upi/
  3. 1 2 3 https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/produk-banci/penerbitan/banci-2010/682-taburan-penduduk-mengikut-kawasan-pihak-berkuasa-tempatan-dan-mukim-2010
  4. 1 2 "Citypopulation - Kayang, Malaysia". citypopulation.de (dalam bahasa Inggeris).