Pergi ke kandungan

Menat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Image
Menat Malqata, akhir Dinasti Kelapan Belas
Image
Rantai leher menat yang halus digambarkan dalam ukiran timbul di Kuil Hathor di Dendera

Dalam agama Mesir purba, menat (Mesir Purba: mnj.t (𓏠𓈖𓇋𓏏𓋧), Arab: منات) ialah sejenis rantai leher yang dikaitkan rapat dengan dewi Hathor.[1][2]

Penggunaan

[sunting | sunting sumber]

Menat dipegang dengan tangan pada pemberat imbangnya dan digunakan sebagai goncangan oleh para kahinah Hathor.[3][4] Ia juga dipakai sebagai azimat pelindung, terutamanya oleh lembu jantan Apis.[5]

Menat biasanya ada sebuah aegis yang dicantum pada tali bermanik. Hujung lain tali-tali tersebut diikat pada pemberat imbang yang tergantung di belakang pemakainya.[6] Aegis tersebut sering diperbuat daripada faience, tetapi bahan lain seperti kulit dan gangsa juga digunakan.[7] Ia sering bertulis atau memaparkan gambar dewa-dewi yang dikaitkan dengan Hathor.

Tujuan rantai leher ini adalah untuk memastikan tuah dan kekayaan serta melindungi daripada roh jahat. Ia juga dipakai untuk perlindungan di alam selepas mati dan sering ditemui tertanam bersama si mati, diberikan sebagai hadiah kubur sejak zaman Ramsisiyah.[8] Ia dipercayai dapat memupuk kesuburan dan kesihatan untuk wanita, manakala bagi lelaki ia melambangkan kejantanan.[9]

  1. Ermann & Grapow, 2, 76, 4.
  2. Armour 2001, m/s. 91.
  3. Ermann & Grapow, 2, 75.18-76.3.
  4. Hart 2005, m/s. 65.
  5. van der Toorn dll. 1999, m/s. 70.
  6. Bianchi 2004, m/s. 202.
  7. Koleksi Muzium Petrie - cari 'menat'
  8. Lurker 1974, m/s. 132.
  9. Doniger 1999, m/s. 709.
  • Armour, Robert A. (2001). Gods and Myths of Ancient Egypt. American Univ. in Cairo Press.
  • Bianchi, Robert Steven (2004). Daily Life of the Nubians. Greenwood Press.
  • Doniger, Wendy (1999). Merriam-Webster's Encyclopedia of World Religions. Merriam-Webster.
  • Erman, Johann Peter Adolf, and Hermann Grapow, eds. 1926–1953. Wörterbuch der aegyptischen Sprache im Auftrage der deutschen Akademien. 6 vols. Leipzig: J. C. Hinrichs’schen Buchhandlungen. (Reprinted Berlin: Akademie-Verlag GmbH, 1971.)
  • Hart, George (2005). The Routledge Dictionary of Egyptian Gods and Goddesses. Routledge.
  • Lurker, Manfres (1974). Lexikon der Götter und Symbole der alten Ägypter (dalam bahasa Jerman). Scherz.
  • van der Toorn, Karel; van der Horst, Pieter Willem; Becking, Bob; Eerdmans, Wm. B. (1999). Dictionary of Deities and Demons in the Bible. Wm. B. Eerdmans Publishing.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Image Kategori berkaitan Menat-necklace and counterpoise di Wikimedia Commons