Pergi ke kandungan

Wikikamus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Wiktionary)
Wikikamus
Logo Wikikamus Bahasa Melayu, menampilkan aksara berbeza
Logo Wikikamus Bahasa Melayu
Tangkapan skrin
Image
Laman Utama Wikikamus Bahasa Inggeris pada 4 Disember 2024
Jenis tapak
Kamus dalam talian
Tersedia dalamNekabahasa (174 aktif)[1]
PemilikYayasan Wikimedia
Dicipta oleh
URLwiktionary.org
KomersialTidak
PendaftaranPilihan
Dilancarkan12 Disember 2002; 23 tahun yang lalu (2002-12-12)
Status semasaAktif

Wikikamus (Jawi: ويکيقاموس, bahasa Inggeris: Wiktionary) ialah sebuah projek nekabahasa berasaskan web untuk mencipta sebuah perkamusan kandungan bebas (termasuk perkataan, frasa, peribahasa, rekonstruksi linguistik, dsb.) dalam sebilangan besar bahasa sejadi dan sebilangan bahasa buatan. Semua masukan tersebut boleh mengandungi definisi, imej untuk penggambaran, sebutan, etimologi, tasrif, contoh penggunaan, petikan, istilah berkaitan, dan penterjemahan istilah ke bahasa-bahasa lain, dalam tampilan lain. Ia disunting secara penyuntingan bersama oleh para sukarelawan melalui sebuah wiki. Namanya ialah lakuran perkataan wiki dan kamus. Ia tersedia dalam 198 bahasa dan dalam bahasa Inggeris Mudah. Sepertimana projek kembarnya Wikipedia, Wikikamus digerakkan oleh Yayasan Wikimedia. Perisian wikinya, MediaWiki, membenarkan hampir semua mempunyai capaian kepada laman web tersebut untuk mencipta dan menyunting masukan.

Disebabkan Wikikamus tidak terhad dengan pertimbangan ruang cetak, kebanyakan edisi bahasa Wikikamus menyediakan definisi dan penterjemahan istilah daripada banyak bahasa, dan sebahagian edisi menawarkan maklumat tambahan yang biasanya ditemui tesaurus.

Data Wikikamus kerap digunakan dalam pelbagai tugasan pemprosesan bahasa tabii.

Edisi berbilang bahasa

[sunting | sunting sumber]

Setakat Jun 2026, tapak Wikikamus wujud dalam 198 bahasa dengan 174 daripada edisi bahasa tersebut adalah aktif dan 24 daripada edisi bahasa tersebut telahpun ditutup.[1] Tapak aktif mempunya sejumlah 48,783,605 laman rencana, dan laman yang telah ditutup pula mempunyai sebanyak 339 laman rencana.[2] Sebanyak 7,903,891 pengguna telah berdaftar dengan 10,408 dalam kalangan pengguna tersebut aktif dalam masa terdekat.[2]

Sepuluh projek Wikikamus edisi bahasa yang tertinggi dari segi jumlah rencana ruang utama adalah seperti berikut:[2]

Bhs.WikiKdgn.Jmlh.SuntinganPenyeliaPenggunaAktifFail
1 Inggeris en 8,859,024 10,878,995 91,159,300 76 4,454,543 4,990 19
2 Perancis fr 6,937,171 7,813,526 39,549,506 32 409,527 897 6
3 Malagasy mg 5,944,538 6,069,247 37,325,882 2 16,250 27 3
4 Cina zh 2,339,311 3,184,647 9,801,605 9 133,143 134 1
5 Thai th 2,181,195 2,319,207 5,724,353 4 19,021 41 0
6 Greek el 1,581,741 1,644,227 7,348,752 11 71,263 158 23
7 Rusia ru 1,501,640 3,070,955 14,176,048 14 343,375 351 199
8 Turki tr 1,350,804 1,471,761 5,666,043 5 67,796 76 1
9 Jerman de 1,246,952 1,440,080 10,686,684 12 257,589 377 93
10 Belanda nl 1,041,149 1,328,875 5,537,718 6 67,188 105 7

Untuk senarai penuh dengan jumlah data tertentu sila lihat Statistik Wikimedia:[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
    1. 1 2 Wikimedia's MediaWiki API:Sitematrix. Dicapai pada Jun 2026 daripada Data:Wikipedia statistics/meta.tab
    2. 1 2 3 Wikimedia's MediaWiki API:Siteinfo. Dicapai pada Jun 2026 daripada Data:Wikipedia statistics/data.tab
    3. "Wiktionary Statistics". Meta.Wikimedia.org. Diarkibkan daripada yang asal pada September 2, 2020. Dicapai pada 11 September 2020.

    Pautan luar

    [sunting | sunting sumber]