Pergi ke kandungan

Wikipetik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Wikiquote)
Wikipetik
Logo Wikipetik Bahasa Melayu
Logo Wikipetik Bahasa Melayu
Jenis tapak
Gudang petikan
Tersedia dalamPelbagai bahasa
PemilikYayasan Wikimedia
Dicipta olehJimmy Wales dan Komuniti Wikimedia
URLhttp://www.wikiquote.org/
KomersialBukan
PendaftaranTidak wajib

Wikipetik (dalam bahasa Inggeris: Wikiquote) merupakan salah satu kumpulan projek berdasarkan wiki yang diusahakan oleh Yayasan Wikimedia, menggunakan perisian MediaWiki. Berdasarkan idea Daniel Alston dan dilaksanakan oleh Brion Vibber, tujuan projek ini adalah untuk menjadi rujukan petikan daripada orang-orang, buku-buku, dan peribahasa, serta memberikan maklumat lanjut tentang petikan-petikan ini. Walaupun terdapat pelbagai koleksi petikan atas talian, Wikiquote merupakan salah satu daripada segelintir kecil koleksi yang memberi peluang untuk pelawat menyumbang.[1] Laman-laman di Wikipetik dipautkan dengan rencana-rencana Wikipedia mengenai orang-orang ternama yang berkenaan.[2]

Pada mulanya projek ini dicipta dalam Bahasa Inggeris, namun pada Julai 2004, lebih banyak bahasa ditambah.

  1. Gemma DeVinney (18 January 2007). "Wikiquote: Another source for quotes on the Web". Electronic Highways (v38 n19). University of Buffalo Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-10. Dicapai pada 2007-04-21.
  2. Hafsa Ahsan (2007-01-27). "It's all about Wikis". DAWN. DAWN Group of Newspapers.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]