Anyi Ngau
Anyi Ngau | |
|---|---|
| Setiausaha Agung Parti Demokratik Progresif | |
| Menyandang jawatan 10 Jun 2023 | |
| Presiden | Tiong King Sing |
| Didahului oleh | Nelson Balang Rining |
| Pengerusi Lembaga Lada Malaysia | |
| Menyandang jawatan 2023 | |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Menteri | Johari Abdul Ghani (2023-kini) Fadillah Yusof (2022-2023) |
| Didahului oleh | Baharuddin Mokhsen |
| Dalam jawatan 1 Julai 2020 – 3 Januari 2022 | |
| Perdana Menteri | |
| Menteri | |
| Didahului oleh | Larry Sng |
| Digantikan oleh | Baharuddin Mokhsen |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Baram, Sarawak | |
| Menyandang jawatan 24 Jun 2013 | |
| Didahului oleh | |
| Majoriti | 7,339 (PRU-15) 1,990 (PRU-14) 194 (PRU-13) |
| Pengerusi Lembaga Koko Malaysia | |
| Dalam jawatan 20 Mei 2020 – 30 Jun 2020 | |
| Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
| Menteri | Mohd Khairuddin Aman Razali |
| Didahului oleh | Jonathan Yasin |
| Digantikan oleh | Ali Akbar Gulasan |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1959 (umur 66–67) Tanah Jajahan Mahkota Sarawak |
| Kewarganegaraan | |
| Parti politik | Parti Demokratik Progresif |
| Gabungan politik lain | |
| Saudara | Roland Engan (anak saudara) |
| Tempat belajar | Universiti Sains Malaysia |
| Pekerjaan | Ahli politik |
YB Dato Anyi Ngau (lahir 1959) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan dayak yang aktif di Sarawak. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi LADA Buat kali kedua dan Merangkap Ahli Parlimen Baram sejak 2013. Di peringkat akar umbi, beliau adalah Setiausaha Agung bagi Parti Demokratik Progresif (PDP) Iaitu sebuah parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Kerjaya Politik
[sunting | sunting sumber]Ahli Parlimen (sejak 2013)
Pilihan Raya Umum 2013
Dalam Pilihan Raya Umum 2013, Anyi membuat penampilan sulung dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi Parlimen Baram. Beliau memenangi kerusi tersebut dan dipilih ke Parlimen sebagai Ahli Parlimen Baram untuk penggal pertama selepas menewaskan anak saudaranya, Roland Engan daripada Pakatan Rakyat (PR), serta seorang lagi calon bebas dengan majoriti tipis hanya 194 undi.
Pilihan Raya Umum 2018
Dalam Pilihan Raya Umum 2018, walaupun terdapat khabar angin bahawa seorang ahli langsung BN akan dicalonkan menggantikan Anyi untuk mempertahankan kerusi Baram, beliau tetap dicalonkan semula oleh BN. Beliau berjaya mempertahankan kerusi tersebut dan dipilih semula sebagai Ahli Parlimen Baram untuk penggal kedua selepas sekali lagi menewaskan Roland daripada Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 1,990 undi.
Pelantikan Politik 2020
Pada 9 Mac 2020, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah menawarkan jawatan Timbalan Menteri Perpaduan Negara kepada Ahli Parlimen PDP bagi Bintulu, Tiong King Sing. Namun, Tiong menolak tawaran tersebut. Terdapat spekulasi bahawa Muhyiddin akan menawarkan jawatan tersebut kepada Anyi kerana beliau juga merupakan Ahli Parlimen PDP, namun perkara itu tidak pernah berlaku. Sebaliknya, Muhyiddin menawarkan jawatan tersebut kepada Senator dan Naib Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Ti Lian Ker, dan tawaran itu diterima olehnya.
Sebaliknya, Anyi telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Koko Malaysia pada 20 Mei 2020, menggantikan Timbalan Menteri Dalam Negeri II dan Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Lada Malaysia pada 1 Julai 2020.
Pilihan Raya Umum 2022
Dalam Pilihan Raya Umum 2022, Anyi telah dicalonkan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mempertahankan kerusi tersebut sekali lagi. Beliau berjaya mempertahankan kerusi Baram dan dipilih semula sebagai Ahli Parlimen Baram untuk penggal ketiga selepas menewaskan Roland daripada Pakatan Harapan (PH) sekali lagi serta seorang calon bebas dengan majoriti 7,339 undi.
Latar Belakang dan Pendidikan
Anyi berketurunan Kenyah dan merupakan graduan dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Anugerah
[sunting | sunting sumber]
Sarawak :
Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) – Dato (2022)[1]
Malaysia :
Penerima Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 (2024)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Mohd Roji Kawi (8 October 2022). "PM dahului senarai penerima darjah kebesaran Sarawak". Harian Metro. Dicapai pada 8 October 2022.
