Pergi ke kandungan

Parti Saadah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Saadah
SingkatanSAADET Sunting nilai ini di Wikidata
Pemimpin/ketuaTemel Karamollaoğlu
PengerusiTemel Karamollaoğlu (2016–) Sunting nilai ini di Wikidata
Diasaskan20 Julai 2001 (2001-07-20)
Ibu pejabatZiyabey Cad. 2. Sk. No: 15, Ankara, Turkey
Sayap belia/pemudaPemuda Saadah (Saadet Gençlik)
IdeologiIslamisme
Millî Görüş
Kedudukan politikHaluan kanan
AgamaAhli Sunah Waljamaah Sunting nilai ini di Wikidata
Hubungan kebangsaan
WarnaMerah, Putih
Tapak sesawanghttp://www.saadet.org.tr
Pautan lain
Facebook: SaadetPartisi X: SaadetPartisi Instagram: saadetorgtr YouTube: UCTVlW56P24ITK0BwPKpeGow Sunting nilai ini di Wikidata
Parlimen
20 / 600
Dewan Tempatan
295 / 20,498
Simbol pilihan raya
Image
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Image

Parti Saadah[1](Turki: Saadet Partisi, lit.'Parti Kebahagiaan') ialah sebuah parti politik Islamis di Turki yang mengikut Wawasan Nasional yang ditubuhkan pada 2001 oleh Najmuddin Erbakan dan Recai Kutan. Menurut perlembagaan parti ini, singkatan rasminya ialah "SAADET". Simbolnya ialah bulan sabit dan lima bintang. Parti ini mempunyai kumpulan parlimen dalam Dewan Agung Kebangsaan Turki dengan 20 orang perwakilan.[2] Pengerusinya terkini ialah Temel Karamollaoğlu.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Parti Saadah diasaskan pada 20 Julai 2001 setelah pengharaman Parti Kebaikan (Turki: Fazilet Partisi, atau FP) oleh Mahkamah Perlembagaan Turki. Ia ditubuhkan oleh kumpulan yang setia dengan guru politik Islam Turki, Necmettin Erbakan dan pendekatan politiknya.

Pemimpin yang diamanahkan memimpin parti ini ialah bekas pengasas FP, iaitu Recai Kutan dengan barisan kepimpinan yang terdiri daripada Dr. Ahmet Sunnetciolu, Cevat Ayhan, Dr. Yuk Muh, Ibrahim Ertan Yulek, Lutfu Esengun, Prof. Dr. Mehmet Bekarolu, Dr. Mete Gundoan, Av. Sevket Kazan, Temel Karamollaolu, Husamettin Korkutata, Mustafa Gecer, Seref Malkoc, Suat Pamukcu dan Teoman Rza Guneri.

Disebabkan halangan politik yang dikenakan, Erbakan tidak menyertai parti ini ketika ditubuhkan. Erbakan hanya menyertai Parti Saadah pada 11 Mei 2003 setelah dibenarkan kembali aktif apabila tempoh pengharaman berpolitik selama lima tahun yang dihadapi oleh beliau tamat.[3]

# Gambar Nama
(Lahir-Meninggal dunia)
Mula khidmat Tamat khidmat
1ImageRecai Kutan
(1930)
20 Julai 200111 Mei 2003
2ImageNecmettin Erbakan
(19262011)
11 Mei 200330 Januari 2004
(1)ImageRecai Kutan
(1930)
8 April 2006
(Memangku dari 30 Januari 2004)
26 Oktober 2008
3ImageNuman Kurtulmuş
(1959)
26 Oktober 200817 Oktober 2010
(2)ImageNecmettin Erbakan
(19262011)
17 Oktober 201027 Februari 2011
4ImageMustafa Kamalak
(1948)
5 Mac 201130 Oktober 2016
5ImageTemel Karamollaoğlu
(1941)
30 Oktober 2016Penyandang

Wakil rakyat

[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen

[sunting | sunting sumber]
# Nama Daerah undi
Penggal ke-28 (2023-kini)
1 Mesut Dogan Ankara (III)
2 Şerafettin Kılıç Antalya
3 Mehmet Atmaca Bursa (I)
4 Necmettin Caliskan Hatay
5 Birol Aydin Istanbul (I)
6 Mustafa Kaya Istanbul (II)
7 Bulent Kaya Istanbul (III)
8 Mahmut Arikan Kayseri
9 Hasan Bitmez Kocaeli
10 Mehmet Karaman Samsun
11 Selçuk Özdağ[4] Mugla
12 Mustafa Nedim Yamalı[4] Ankara (I)
13 Serap Yazıcı Özbudun[4] Antalya
14 Cemalettin Kani Torun[4] Bursa (II)
15 Sema Silkin Ün[4] Denizli
16 Selim Temurci[4] Istanbul (I)
17 İsa Mesih Şahin[4] Istanbul (II)
18 Doğan Demir[4] Istanbul (III)
19 Mustafa Bilici[4] Izmir (II)
20 Hasan Ekici[4] Konya
Penggal ke-27 (2018-2023)
1 Nazır Cihangir İslam İstanbul (III)
2 Abdulkadir Karaduman Konya

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. "saadah". Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 19 Mei 2020 melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. "CHP listelerinden meclise giren Millet İttifakı milletvekilleri kim?". euronews (dalam bahasa Turki). 2023-05-15. Dicapai pada 2023-10-23.
  3. Sulaiman, Mashitah; Othman, Mohammad Redzuan (2015). "Kenaikan dan kejatuhan parti-parti berlandaskan Islam di Turki, 1970-2002". Jurnal Kinabalu. Kota Kinabalu: Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah. 21. Dicapai pada 24 Oktober 2023.
  4. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Bertanding mewakili Parti Masa Depan, namun menyertai Parti Saadah selepas kedua-dua parti membentuk kerjasama.