Pergi ke kandungan

Vanilla

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Vanilla
Image
Bunga spesies Vanilla planifolia.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Plumier ex Mill., 1754
Image
Taburan spesies-spesies anggerik Vanilla
Sinonim[1]
  • Vanillophorum Neck.
  • Myrobroma Salisb.
  • Dictyophyllaria Garay
  • Miguelia Aver.

Vanilla ialah genus dalam keluarga pokok-pokok bunga anggerik iaitu Orchidaceae.[1] Buah-buah dihasilkan persenyawaan bunga dari semua spesiesnya panjang, tebal, dan berisi biji-biji benih keras.[2][3]

Nama genus ini dijejak kepada nama vainilla dalam bahasa Sepanyol bermaksud "lenggai kecil" yang dipakai penakluk-penakluk Empayar Sepanyol kepada buah-buah spesies Vanilla planifolia di Mexico.[4]

Pokok-pokok anggerik Vanilla tumbuh di kawasan beriklim panas dengan teduhan dan curahan hujan yang disukat antara 150–300 sentimeter.[5] Daun-daunnya keras dan kecil.[6]

Bunga-bunganya berbentuk corong dan tumbuh pada hujung batang atau ketiak daun,[6] dan berwarna jingga atau kuning. Satu demi satu bunganya kembang pada musim bunga selama dua bulan. Bunga-bunga ini gugur jika tidak disenyawakan.[3]

Buahnya panjang dan terdiri daripada tiga ulas. Isi buahnya berair,[7] melekit dan menghasilkan wangian vanilin yang juga menarik lebah-lebah jantan memakan buah tersebut, biji-bijinya melekat pada kaki.[8]

Di Madagaskar, spesies-spesies Vanilla decaryana dan Vanilla madagascariensis (nama dalam Bahasa Malagasi: vahinamalona lakuran vahy amalona "liana belut") dikenali sebagai ramuan ubat tradisi menaikkan syahwat.[9] Spesies Vanilla planifolia yang berasal dari Mexico menghasilkan perisa vanila.[10]

  1. 1 2 "Vanilla Mill". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2026. Dicapai pada 31 Januari 2026.
  2. Akmal Raffi dll. 2017, m/s. 17.
  3. 1 2 Shamina Azeez 2008, m/s. 288–289.
  4. James D. Ackerman (June 2003). "Vanilla". Flora of South America. 26 (4): 507. Dicapai pada 1 Feb 2026. Spanish vainilla, little pod or capsule, referring to long, podlike fruits
  5. Shamina Azeez 2008, m/s. 288.
  6. 1 2 Dressler 1993, m/s. 106.
  7. Dressler 1993, m/s. 48–49.
  8. Dressler 1993, m/s. 106, 108.
  9. Allorge, Luciile (Mei 2005). "Les Vanilles succulentes de Madagascar". Succulentes (dalam bahasa Perancis) (2): 10.
  10. Shamina Azeez 2008, m/s. 287.

Sumber-sumber

[sunting | sunting sumber]