Kinarut
Pengenalan
[sunting | sunting sumber]Kinarut | |
|---|---|
Deretan Kedai lama Kinarut | |
![]() Peta interaktif bagi Kinarut | |
| Negara | |
| Negeri | |
| Bahagian | Pantai Barat |
| Zon waktu | Malaysian Standard Time |
Kinarut adalah sebuah pekan yang terletak di dalam daerah Papar di luar ibu negeri Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Lokasinya kira-kira 20 kilometer ke selatan Kota Kinabalu, ia juga merupakan salah satu perhentian / stesen bagi Jabatan Kereta Api Negeri Sabah. Antara tempat tarikan pelancong yang terdapat di Kinarut adalah Pusat Menunggang Kuda Kindawan, Pulau Dinawan dan Pusat Hidupan Liar Lok Kawi. Penduduk asal Kinarut adalah Sino-Kadazan, Kadazan, Brunei dan Bajau.

Etimologi
[sunting | sunting sumber]Terdapat seseorang budak bernama "Narut" yang sering dipanggil "Si Narut" oleh kawannya, pada suatu hari, mereka bermain bola di padang yang tidak ada namanya, lalu mereka ingin membuat nama kelab bola mereka sendiri. Kemudian, sewaktu bermulanya, Sultan Jamalul Alam Cup bermula pada tahun 1863, Si Narut, yang pada 90+6 minit perlawanan, mendapat bola di kakinya di hadapan goalkeeper lawan, lalu beliau kick, dan beliau miss. Peristiwa itu, membawa kemarahan di antara pasukan menyebabkan mereka mengeluarkan perkataan dari mulut mereka, "kick jo narut". Perkataan itu la yang disebut-sebut oleh orang kampung, lalu si narut, terdengar kata dari kawan baiknya sendiri, "acap". Si narut sedih lalu lari ke padang di mana semuanya berlaku, di mana semua rakannya, memanggilnya "si Narut" sedangkan namanya yang sebenar tiada siapa yang tahu.
"Hei, Kiknarut! Kau tak nak main bola lagi ke?" jerit budak-budak nakal seolah-olah melupakan terus nama "Si Narut" yang pernah menjadi rakan sepermainan mereka.
Si Narut akur dengan takdirnya. Dia menerima gelaran "Kiknarut" itu dengan hati yang berat, sehinggakan dia sendiri mula menggelar dirinya dengan nama tersebut. Dia terus menetap di kawasan padang dan penempatan itu, menghabiskan sisa hidupnya di sana sehinggalah dia tua dan meninggal dunia. Kisah kegagalannya yang tragis dan sebutan "Kiknarut" itu terus meniti dari bibir ke bibir, melintasi beberapa generasi.
Tahun demi tahun berlalu, corak pertuturan masyarakat mula berubah mengikut peredaran zaman. Generasi baharu yang lahir kemudiannya tidak lagi mengetahui kisah penuh tentang sepakan bola yang tersasar pada tahun 1863 itu. Lidah masyarakat setempat juga mula mempermudahkan sebutan agar lebih lancar disebut.
Perkataan "Kiknarut" perlahan-lahan kehilangan huruf 'k' di tengahnya, berubah sebutan menjadi "Kinarut".
Padang tanpa nama dan kawasan penempatan yang menjadi saksi air mata seorang budak yang kehilangan identitinya itu akhirnya diwartakan secara rasmi dengan nama Kinarut. Sehingga ke hari ini, sebaris nama Kinarut itu berdiri megah sebagai sebuah pekan, tanpa disedari oleh orang ramai bahawa di sebalik nama tersebut, tertanamnya sebuah sejarah origin, kisah duka sepasang kaki seorang budak bernama Narut yang pernah gagal menjaringkan gol kemenangan.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kinarut pada asalnya berada di bawah tampuj pemerintahan Sultan Brunei. Di penghujung abad ke-17. Sultan Abdul Hakkul Mubin berundur daripada Pulau Chermin ketika berlakunya Perang Saudara Brunei. Sultan Abdul Hakkul Mubin telah membina kubu di Kinarut kerana lokasinya yang strategik di antara dua sungai [1]. Sultan Abdul Hakikul Mubin kekal berada di Kinarut selama 10 tahun dan menjadi Sultan Kinarut. Keadaan ini membawa kepada penurunan dalam aktiviti perlanunan secara signifikan dengan bantuan masyarakat Bajau dan Dusun. Bantuan daripada masyarakat tersebut berjaya untuk menyerang balas serangan daripada Sultan Muhyiddin [1].
Demografi
[sunting | sunting sumber]Statisktik Bancian penduduk pada tahun 2010 menganggarkan jumlah penduduk Kinarut seramai 18 029 orang. Penduduk di Kinarut kebanyakannya terdiri daripada Bajau, Melayu Brunei. Kadazan dan Cina (Hakka) [2]. Terdapat juga penempatan pelarian Filipina yang terletak di Kinarut yang sering dikaitkan dengan ketegangan etnik di kalangan penduduk tempatan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 Persatuan Sejarah Malaysia (1956). Malaysia in History. Malaysian Historical Society.
- ↑ "Population Distribution by Local Authority Areas and Mukims, 2010 (Census 2010)" (PDF). 2013.
