Pergi ke kandungan

Pleuronectoidei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pleuronectoidei
Julat zaman: Paleosen Akhir–Kini[1]
Image
Plaice (Pleuronectes platessa), spesies ikan sebelah yang mula-mula dinamakan
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Carangiformes
Suborder: Pleuronectoidei
Cuvier, 1817[2]
Spesies jenis
Pleuronectes platessa
Linnaeus, 1758
Keluarga

Lihat teks

Sinonim
  • Heterosamata Jordan & Evermann, 1896
  • Pleuronectiformes Regan, 1910
  • Soleiformes Regan, 1910
  • Polynemoidei Regan, 1909
  • Pleuronectoideo Girard et al, 2020

Ikan sebelah ialah sekumpulan ikan bersirip ruji suborder Pleuronectoidei yang secara sejarahnya tergolong dalam order Pleuronectiformes (namun pengelasan ini kini dipertikaikan). Nama umumnya diberikan berdasarkan tabiatnya yang berbaring pada sisi badannya yang termampat secara lateral (leper dari sisi ke sisi) di dasar laut; dalam kedudukan ini, kededua mata terletak pada sisi kepala yang menghadap ke atas, sedangkan sisi kepala dan badan yang satu lagi ("sisi buta") berada di atas substrat. Kehilangan simetri yang unik di kalangan vertebrat ini berlaku ketika satu mata "berhijrah" ke sebelah yang satu lagi semasa metamorfosis di peringkat juvenil; disebabkan variasi, sesetengah spesies cenderung menghadapkan sisi kiri ke atas, begitu juga sisi kanan atau mana-mana sisi. Keluarga Pleuronectidae berbaring pada sisi kiri dengan mata di sebelah kanan. Keluarga Paralichthyidae pula berbaring pada sisi kanan dengan mata di sebelah kiri.[3] Genus "primitif" Psettodes boleh berkembang menjadi individu yang "menghadap ke kanan" atau "ke kiri".

Ia salah satu kumpulan ikan dasar yang paling kaya dengan spesies. Warna dan tabiat kriptik mereka, berupa penyamaran, membantu mereka bersembunyi daripada calon pemangsa.

Ikan berbadan pipih ini suka sekali menyamar, menyesuaikan dengan keadaan lingkungannya dengan cara memendamkan badannya ke dalam lumpur atau pasir di dasar taut, sementara hanya matanya yang muncul ke permukaan. Matanya dapat diangkat atau diturunkan dan digerakkan dengan bebas. lkan ini memakan terutama binatang berkulit keras atau haiwan tak bertulang belakang. Tanpa bergerak, dengan sangat sabar ia menunggu mangsanya sampai benar-benar dekat dan lengah, dengan gerakan yang sangat cepat dan mendadak menyergap, jarang sekali mangsa dapat lolos dari sergapannya. Sepertinya pemangsa ini diciptakan demikian, pertama untuk melindungi diri dari pemangsa yang lebih besar, kedua untuk memudahkan ia memangsa.

Order ini terdiri dari berbagai spesies. Berdasarkan temuan para peneliti dari UE, telah terkumpul sebanyak 28 spesies ikan sebelah dan hanya ada 6 kumpulan yang memiliki nilai komersial tinggi, iaitu Botidae, Cynoglossidae, Citaridae, Pleuronectidae, Scoftalmidae dan Soleidae. Jenis produk ini dipasarkan dalam bentuk filet, dengan pasar utama Eropah.

Pengelasan

[sunting | sunting sumber]

Pengelasan berikut berdasarkan Eschmeyer's Catalog of Fishes (2025):[4]

Takson fosil

[sunting | sunting sumber]

Ikan sebelah dasar berikut dari zaman Paleogen turut ditemukan:[6]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama EoF
  2. Scudder, Samuel Hubbard (1882). Nomenclator Zoologicus: An Alphabetical List of All Generic Names that Have Been Employed by Naturalists for Recent and Fossil Animals from the Earliest Times to the Close of the Year 1879 ... (dalam bahasa Inggeris). U.S. Government Printing Office.
  3. Dawkins, Richard; Wong, Yan (2016). The Ancestor's Tale: A Pilgrimage to the Dawn of Life. Houghton Mifflin Harcourt. m/s. 398. ISBN 978-0544859937.
  4. Fricke, R.; Eschmeyer, W. N.; Van der Laan, R. (2025). "ESCHMEYER'S CATALOG OF FISHES: CLASSIFICATION". California Academy of Sciences (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-10-22.
  5. 1 2 3 Tongboonkua, Pakorn; Chanet, Bruno; Chen, Wei-Jen. "Integrated Molecular and Morphological Analyses Resolve Long-Standing Classification Challenges in the Sinistral Flatfish Family Bothidae (Teleostei: Carangiformes)". Zoologica Scripta (dalam bahasa Inggeris). n/a (n/a). doi:10.1111/zsc.70020. ISSN 1463-6409.
  6. Laan, Richard van der (2018-10-11). "Family-group names of fossil fishes". European Journal of Taxonomy (dalam bahasa Inggeris) (466). doi:10.5852/ejt.2018.466. ISSN 2118-9773.
  7. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Bannikov&Zorzin_2019
  8. 1 2 Chanet, Bruno; Schultz, Orwin (1994). "Pleuronectiform fishes from the Upper Badenian (Middle Miocene) of St. Margarethen (Austria)". Ann. Naturhist. Mus. Wien (96): 95–115.
  9. Murray, Alison M.; Champagne, Donald E. (January 2025). "A new species of early Oligocene flatfish (Pleuronectiformes) from Oregon, USA". Geological Magazine (dalam bahasa Inggeris). 162. Bibcode:2025GeoM..162E..22M. doi:10.1017/S0016756825100125. ISSN 0016-7568. Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)
  10. Campbell, Matthew A.; Chanet, Bruno; Chen, Jhen-Nien; Lee, Mao-Ying; Chen, Wei-Jen (2019). "Origins and relationships of the Pleuronectoidei: Molecular and morphological analysis of living and fossil taxa". Zoologica Scripta (dalam bahasa Inggeris). 48 (5): 640–656. doi:10.1111/zsc.12372. ISSN 1463-6409.
  11. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Bannikov&Zorzin_2020

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]